Tuesday, November 29, 2016


Gelenggang mujarab rawat penyakit kulit
Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia
Penyakit kulit, khususnya kurap, kudis buta ataupun panau, adalah jenis penyakit yang ingin kita semua elakkan.Selain dari mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan seharian kita agak terbatas kerana malu diketahui rakan-rakan.
Biasanya untuk mencegah penyakit tersebut, kita perlu ke hospital. Kalau tidakpun kita akan keklinik untuk mendapatkan rawatan penyakit itu.
Tetapi terdapat sejenis tumbuhan herba yang boleh merawat penyakit tersebut. Nama umumnya adalah gelenggang atau sintifiknya dipanggil sebagai Cassia Alata.
Lazimnya, menurut Pegawai Penyelidikan MARDI, Hilir Perak, Mohd Jelani Bahaudin, tumbuhan tersebut sengang tumbuh di tepi-tepi sungai, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.
Malah pokok ini juga sering digunakan sebagai salah satu landskap halaman rumah kerana mempunyai warna bunga yang cantik," katanya.
Menurutnya keberkesanan pokok ini dalam merawat penyakit tersebut adalah melalui temu bual dengan orang-orang yang pernah mengamalkanya, termasuk dengan pengamal perubatan tradisional.
"Lagipun berdasarkan kajian saintifik ia menganduni chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Berdasarkan temubual tersebut juga, beliau menjelaskan, kaedah untuk menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya.
"Bersihkannya terrlebih dahulu, kemudian tumbuk daun tersebut bersama sedikit minyak tanah sehingga lumat.
Seterlah itu gosokkan daun yang telah lumat tersebut pada bahagian yang dijangkiti penyakit itu," katanya lagi.
Bagaimanapun beliau turut menambah bahawa daun pokok gelenggang juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam sayuran.
"Pemakanannya selain juga bertindak sebagai ulam sayuran daun pokok gelenggang juga boleh bertindak melawaskan sembelit," katanya.


Boleh hubungi saya 014-5837625

Untuk wasap pantas tekan bawah!

No comments:

Post a Comment