Sunday, August 13, 2017

Apa itu fungus/kulat dan bagaimana kulat terjadi dikulit.

Fungal atau dalam Bahasa Melayu disebut kulat. Fungal ini sejenis bakteria yang menyerang kulit manusia. Apa fungal ini? Kulat adalah sekumpulan organisme yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang tidak menyerupai haiwan mahupun tumbuhan. Ia merupakan penyebab kerosakan, kotor, busuk dan beracun.

Pada amnya benih kulat tidaklah mendatangkan bahaya, tetapi setelah berada di dalam keadaan suhu, kelembapan serta ekhadiran nutrient yang sesuai, ia akan membiak menjadi kulat. Kulat merupakan hidupan halus yang bertaburan di sekeliling kita. Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100,000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.

Faktor-faktor kulat boleh membiak:

·         Kekurangan zat besi.
·         Orang yang sedang mengambil antibiotik.
·         Luka pada kulit.
·         Pesakit diabetes (lebih berisiko).
·         Perubahan hormon bagi wanita.
·         Bahagian badan yang panas dan lembap.
·         Pakaian dalam dan lampin (ruam lampin).

Kulat boleh berlaku pada bahagian:

·         Kulit badan- terutamanya pinggul.
·         Kaki berair- berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki.
·         Infeksi kuku jari-Kuku kaki lebih mudah di jangkiti berbanding kuku tangan.
·         Jock Itch-Jangkitan kulat pada pangkal peha.
·         Panau-jangkitan kulat permukaan kulit paling biasa dimuka dan badan.
·         Seriawan mulut-berlaku pada mulut, lidah atau bahagian dalam pipi.

Punca-punca penyakit/faktor risiko:

·         Memakai pakaian, kasut dan sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik.
·         Menggunakan sabun beralkali berlebihan.
·         Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan berlebihan.
·         Suka berkongsi pakaian, tuala, kasut dan sarung kaki.
·         Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar.


Dipetik daripada artikel “Kesihatan: Masalah Alahan Kulit dan Fungus”, Mingguan Malaysia, Ahad 6 Ogos 2017, ms 38.


Dapatkan Minyak Gelenggang
Semakin dipercayai..
Semakin ramai yang sembuh.. Persediaan Tradisional untuk:-


kurap
panau
ekzema

gatal kulit


Tekan ini untuk wasap pantas 

👇
http://www.wasap.my/+60145837625



No comments:

Post a Comment